Alamat:
Level 7, Menara Yayasan Tun Razak, 200 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
Tel: +60-3-21614439 / +60-3-21615508 (ext:129/146)
Faks: +603-21610969
E-mel: tecoinmys@gmail.com
Waktu Urusan Kaunter Konsular:
Isnin-Jumaat:
9.00am-12.00pm (Waktu Penghantaran Dokumen)
3.30pm-5.00pm (Waktu Pengambilan Dokumen)
*Tutup pada hari cuti awam Malaysia
Tempoh proses:
3 hari bekerja bagi dokumen biasa.
1 hari bekerja bagi perkhidmatan ekspres
Perkhidmatan pos tidak ditawarkan.
Pengecualian Visa
Warganegara Malaysia yang memegang passport biasa Malaysia layak melawat Taiwan selama tempoh 30 hari tanpa visa (sambungan tidak dibenarkan). Peruntukan yang berkaitan adalah seperti berikut:
(1) Pasport hendaklah sah sekurang-kurangnya 6 bulan;
(2) Tidak ada rekod buruk di Taiwan;
(3) Memegang tiket pergi dan balik.
※ Pemegang Malaysia CI (Surat Akuan Pengenalan) tidak berhak melawat Taiwan tanpa visa. Mereka perlu memohon visa sebelum melawat Taiwan.
Cara hantaran: Pemohon boleh menghantar permohonan visa sendiri atau menghantar melalui agen. Agen harus menyediakan dokumen yang berkenaan semasa permohonan.
Dokumen yang diperlukan semasa permohonan : (Pemohon bertanggungjawab menyediakan document yang mencukupi untuk memohon visa. Dokumen kekurangan akan melambatkan proses memperolehi visa atau menyebabkan visa ditolak. Bayaran tidak akan dikembali jika visa ditolak. )
Visa Pelancongan
- Pasport (hendaklah sah selama lebih daripada 6 bulan)
- Borang permohonan online. Pemohon dikehendaki melayari https://visawebapp.boca.gov.tw dan isikan boring online. Selepas hantar borang ke sistem, sila cetakkan borang yang mempunyai barkode.
- 2 keping gambar yang berlatar belakang putih. (dalam tempoh 6 bulan).
- Tiket pergi dan balik
- Jadual pelancongan
- Penyata kewangan
Visa Melawat Realatif atau Rakan
- Pasport (hendaklah sah selama lebih daripada 6 bulan)
- Borang permohonan online. Pemohon dikehendaki melayari https://visawebapp.boca.gov.tw dan isikan boring online. Selepas hantar borang ke sistem, sila cetakkan borang yang mempunyai barkode.
- 2 keping gambar yang berlatar belakang putih. (dalam tempoh 6 bulan).
- Surat jemputan daripada relatif atau rakan di Taiwan
- Taiwan passport, kad pengenalan atau ARC yang dimiliki oleh relatif atau rakan tersebut.
- Penyata hubungan (seperti sijil kelahiran, sijil perkahwinan)
Visa Pekerjaan
- Pasport (hendaklah sah selama lebih daripada 6 bulan)
- Borang permohonan online. Pemohon dikehendaki melayari https://visawebapp.boca.gov.tw dan isikan boring online. Selepas hantar borang ke sistem, sila cetakkan borang yang mempunyai barkode.
- 2 keping gambar yang berlatar belakang putih. (dalam tempoh 6 bulan).
- Surat daripada Kementerian Labor Taiwan.
- Kontrak pekerjaan.
Visa Pelajar
- Pasport (hendaklah sah selama lebih daripada 6 bulan)
- Borang permohonan online. Pemohon dikehendaki melayari https://visawebapp.boca.gov.tw dan isikan boring online. Selepas hantar borang ke sistem, sila cetakkan borang yang mempunyai barkode.
- 2 keping gambar yang berlatar belakang putih. (dalam tempoh 6 bulan).
- Surat daripada Universiti di Taiwan.
Sijil kesihatan dalam tempoh 3 bulan. Mengenai hospital yang talah ditetapkan, sila melayari www.faatum.com.my untuk mendapat maklumat yang selanjutnya.