Dr. Der-Yang Cho, Pengarah China University of Medical Sciences Hospital (CUMH), memimpin pasukannya untuk mengunjungi Wakil Phoebe Yeh pada 10 April. Dr. Cho menjelaskan bahawa beliau berada di sini untuk menerima “CEO of the Year Award” di 2025 Healthcare Asia Awards. Beliau melaksanakan program kerjasama perubatan “New Southbound” dan pembangunan rantaian industri Ministry of Health and Welfare (MOHW) bermula dari tahun 2022 dan seterusnya, serta untuk mengucapkan terima kasih kepada Ministry of Health and Welfare (MOHW) dan Kedutaan atas sokongan yang diberikan oleh CUMH.
Wakil Phoebe Yeh mengalu-alukan kunjungan CUMH dan memberikam pujian yang tinggi kepada beliau terhadap pengalaman CUMH selama bertahun-tahun dalam memyediakan perkhidmatan perubatan antarabangsa di Malaysia, membantu pesakit yang mengadakan penyakit kritikal, dan membantu kakitangan perubatan Malaysia untuk menerima latihan profesional di Taiwan, serta membantu mempromosikan pertukaran profesional antara bidang perubatan di Taiwan dan Malaysia.
Majlis Healthcare Asia Awards yang mengadakan di Kuala Lumpur pada petang 10 April, sistem penjagaan kesihatan Taiwan sekali lagi diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa dan menerima sebanyak 10 anugerah! Show Chwan Health System, China Medical University Hospital, Taipei Municipal Wanfang Hospital, dan emam hospital dari Chang Gung Medical Fundation (Linkou, Chiayi, Fengshan, Tucheng, Kaohsiung and Taoyuan) masing-masing dianugerahkan oleh Healthcare Asia Awards 2025, dan Dr. Der-Yang Cho, Pengarah CUMH, dipilih sebagai satu-satunya pemimpin penjagaan kesihatan di rantau Asia-Pasifik yang menerima anugerah berprestij “CEO of the Year Award”. Wakil Phoebe Yeh menghadiri majlis anugerah tersebut untuk mengucapkan tahniah dan memberi semangat kepada bidang perubatan dan hospital-hospital Taiwan atas usaha mereka dalam mempromosikan “New Southbound Direction” dalam penjagaan kesihatan, yang telah menjadikan jenama perubatan antarabangsa Taiwan bersinar di dunia. Sebagai respons kepada Health Care Index 2025 yang baru-baru ini diumumkan oleh Numbeo, iaitu laman web pangkalan data global, Taiwan telah menduduki tempat teratas selama tujuh tahun berturut-turut sejak 2019, mengagumkan dunia dan membuktikan banyak hospital yang dikagumi di Taiwan. Bukan ini sahaja, Taiwan juga menjaga kemanusiaan dan menggunakan perubatan pintar dalam bidang penyakit kritikal dan penyakit jarang ditemui, dan berusaha keras untuk meningkatkan kualiti profesion perubatan yang merupakan usaha berterusan Taiwan ke arah kemajuan profesional penjagaan kesihatan berkualiti juga merupakan komitmen yang kuat.